AKU MAHU (repost)

Aku Mahu BerTuhan

Aku mahu tenang
Dalam sesak nafas dunia
Tapi aku tak temu ruang
Makin lelah helaan jiwa

Aku mahu tahan
Dengan segala kesakitan
Tapi aku tak temu kekuatan
Makin buntu mencari jawapan

Aku mahu tabah
Dengan segala kekurangan
Tapi aku tak temu keikhlasan
Makin keliru salah menyalah

Aku mahu syukur
Walau dalam kesusahan
Tapi aku tak temu erti luhur
Makin diturut segala larangan

Aku mahu memburu Syurga
Dalam ralitnya ditaman dunia
Akankah aku berjaya ke sana
Sedang bekal langsung tiada.

Kesekian kali..

Sh Alam, 22 Okt

1 comments:

kembali lah kepadaNya..

November 2, 2010 2:41 PM  

Newer Post Older Post Home

Blog Widget by LinkWithin

Blogger Template by Blogcrowds